1. Zaman prasejarah ialah zaman manusia belum mengenali system
tulisan.
2. Pengetahuan tentang zaman prasejarah dan budayanya diketahui
melalui bukti arkeologi.
3. Zaman prasejarah terbahagi kepada empat tahap iaitu;
· Zaman Paleolitik – Hidup
secara normad, tinggal ditepi tasik, sungai dan dalam gua. Kegiatan memunggut
hasil hutan, memburu dan menangkap ikan. Alatan mengutamakan fungsi dan
berkisar dalam kelompok keluarga.
· Zaman Mesolitik – Hidup secara
normad, tinggal di tepi tasik, sungai dan di dalam gua. Kegiatan memungut hasil
hutan, memburu dan menangkap ikan. Alatan mengutamakan fungsi dan berkisar
dalam kelompok keluarga.
· Zaman Neolitik – Kehidupan
bermasyarakat, bercucuk tanam dan menternak. Alat batu dilicinkan dan pelbagai
fungsi. Telah ada penciptaan tembikar. Pengkhususan kerja, tinggal menetap.
Hasil makanan melebihi keperluan dan menghasilkan bahan logam.
· Zaman Logam – Penciptaan perahu
dan rumah, aktiviti perdagangan, muncul kawasan petempatan. Pandai mengebumikan
mayat dan membuat alatan besi.
4. Makna Tamadun: Tamadun berasal dari istilah Arab daripada
kata dasarnya mudun dan madain. Madana pula bermaksud tinggi budi bahasa dan
pembukaan Bandar. Bahasa Inggeris menggunakan perkataan Civilization yang
dipinjam dari bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud Bandar.
Menurut perspektif Barat, tamadun bermaksud
pembangunan lahiriah terutama dalam hal kebudayaan seperti penulisan,
perundangan, kesenian dan pembandaran. Goldon Childe pula
berpendapat; tamadun ialah pembangunan lahiriah kerana itulah kayu ukur
kemajuan tamadun dalam masyarakat. Darcy Riberio dan R. A. Buchanan pula
berpendapat; tamadun ialah pembangunan lahiriah dan tidak sekali-kali mengambil
kira unsur rohani dalam kemajuan tamadun.
Menurut perspektif Islam; Tamadun ialah pembangunan
lahiriah dan rohaniah yang seimbang dan menjadi kayu ukur kemajuan sesebuah
tamadun. Syed Naquib Al Attas menjelaskan tamadun ialah pencapaian tahap
tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
Manakala Ibn Khaldun menjelaskan, tamadun bermaksud Hadarah iaitu hidup di
Bandar dengan tatasusila, kesopanan dan moral yang tinggi. Kehidupan Bandar
terbentuk apabila lahir semangat assabiah dan hasilnya wujudnya semangat
kerjasama dan saling membantu.
Ciri-Ciri Tamadun ialah; Petempatan kekal, bahasa dan
tulisan, agama dan kepercayaan, kehidupan berorganisasi, pengkhususan kerja dan
system pemeritahan.
Proses Pembentukan Tamadun;
Tamadun Mesopotamia (7000 – 5000SM)
Wujud antara Sungai Tigris dan Euphrates – tanah
antara dua sungai. Antara kerajaan yang wujud ialah Sumeria, Akkad, Ur,
Babylon, Kassites, Assyria dan Chaldea. ciri-ciri tamadun ini ialah: Negara
kota – kerajaan berdaulat, mempunyai unit politik dan agama, mempunyai kubu
pertahanan, setiap Bandar dihubungi melalui jalan laut.
Sistem pemerintahan – pemerintahan
teokrasi (kerajaan diperintah oleh tuhan atau wakil tuhan), raja berperanan
sebagai ketua pentadbir, ketua tentera, ketua pendeta, ketua agama dan berkuasa
ke atas tanah dan cukai.
Pengkhususan kerja – wujudnya petani, pedagang,
peniaga, pengusaha rumah dan tentera. Organisasi social – golongan pemerintah
(raja, ketua pendeta, ketua tentera dan golongan bangsawan), rakyat bebas dan
hamba. Tulisan berbentuk gambar pepaku (cuneiform).
Sumbangan tamadun Mesopotamia:
· Kod Hamurabi – berteraskan
hak rakyat kepada keadilan, berbeza mengikut heiraki sosial, mempunyai 282
perkara.
· Tulisan – merekodkan urusan
pentadbiran dan mampu menghasilkan kesusasteraan (epic Gilgamesh).
· Ilmu astronomi dan
perubatan – perkembangan ilmu matematik dan geometri.
· Alat pengangkutan – mencipta
kapal layar dan pengangkutan beroda.
· Penghasilan batu
bata daripada tanah liat.
Tamadun Mesir (10000 – 5000 SM)
Wujud di tepi sungai Nil. Tamadun ini terbahagi kepada empat
zaman iaitu zaman awal, zaman pertengahan, zaman empayar dan zaman keruntuhan.
Ciri-ciri tamadun ini ialah;
· Sistem pemerintahan – firaun
sebagai raja yang dibantu oleh bangsawan.
· Bandar – berperanan
sebagai pusat pentadbiran, pelabuhan, pusat keagamaan, tumpuan penduduk dan
kediaman firaun.
· Pengkhususan kerja – penenunan
kain, pembuatan tembikar dan peralatan seperti tekstil dan kertas.
· Organisasi social – Firaun berkuasa
mutlak dan dianggap suci dan dipercayai jelmaan tuhan Horus atau Amon Re dan
berperanan sebagai ketua pendeta, ketua hakim dan etua pahlawan.
· Keagamaan - percaya kepada
konsep politeisma.
· Wanita - mengiktiraf
wanita sebagai pemimpin.
· Empayar – merangkumi
kawasan Nubia di Selatan Mesir, utara dan barat Asia.
· Tulisan - dikenali sebagai
heiroglif.
Sumbangan Tamadun Mesir:
· Seni bina –
pembinaan piramid.
· Pendidikan –
tumpuan terhadap ilmu geometri, sains dan matematik.
· Kertas dan tulisan
– mencipta kertas daripada pokok papyrus dan tilisan berangkai heiratik.
· Kalenda – Berjaya
mencipta kalenda 365 haru untuk 12 bulan.
· Sungai Nil – Sungai
Nil Berjaya mengawal banjir.
· Perubatan –
mumiakan mayat dan menjalinkan pemnedahan
Tamadun Indus (2500 – 1800SM)
Wujud di lembah Sungai Indus. Petempatan dibina oleh puak nomad
sehingga membentuk dua Bandar terpenting Mohenjo Daro dan Harrapa. Ciri-ciri
tamadun ini ialah:
· Pengkhususan kerja
– wujudnya petani, pedagang dan artisan.
· Organisasi social –
golongan atasan (pemerintah, pendeta dan pedagang) dan golongan bawahan
(petani, buruh dan hamba).
· Petempatan kekal –
terdiri daripada pusat pentadbiran dan perumahan.
· Tulisan – berbentuk
piktograf.
· Agama – mempunyai
amalan kepercayaan agama melalui penemuan patung Proto Shiva.
Sumbangan Tamadun Indus:
· Bandar terancang –
pembinaan Bandar berasaskan ilmu geometri, kesenian dan matematik yang disusun
mengikut segiempat.
· Sifat keterbukaan –
hubungan Tamadun Lembah Indus dengan Tamadun Mesir dan Tamadun Mesopotamia.
Tamadun Hwang Ho
Wujud di sekitar sungai Hwang Ho atau Sungai Kuning. Petempatan diasaskan
oleh orang normad yang menetap. Antara dinasti yang wujud ialah Dinasti Shang
(1766 – 1050 SM), Dinasti Hsia (2205 – 1766 SM), dan Dinasti Chou (1050 – 256
SM). Ciri-ciri tamadun ini ialah;
· Negara Kota –
terdapat istana, kuil, pusat pentadbiran dan tempat tinggal golongan raja,
pembesar dan golongan agama.
· Pengkhususan
pekerjaan – tentera, petani, artisan dan hamba.
· Organisasi soaial –
golongan atasan dan golongan bawahan.
· Agama dan
kepercayaan – berbentuk animism dan politeisma. Tulang Oracle berfungsi untuk
meramal sesuatu keadaan.
· Sistem pemerintahan
– system beraja.
· Sistem tulisan –
berbentuk ideogram iaitu yang berbentuk symbol.
Sumbangan Tamadun Hwang Ho:
· Politik – banyak
mempengaruhi pemerintahan China Kuno.
· Ekonomi – terusan
telah dibina untuk mengairi kawasan pertanian dan mengawal banjir.
· Kepercayaan –
pemujaan roh nenek moyang dan ying dan yang.
· Sistem tulisan –
digunakan secara meluas dalam penulisan dan percetakan.
· Kalendar –
memperkenalkan calendar 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.
· Falsafah Sub Tzu –
karya terkenalnya The Art of War.